Akaun amanpalestinperak.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

TABUNG JUMAAT UNTUK PALESTIN

TABUNG JUMAAT UNTUK PALESTIN
SEDEKAH DI HARI JUMAAT

Hari jumaat ialah hari yang cukup istimewa dan ramai menantikan kedatangan penghulu segala hari ini. Selain menandakan hampir memasuki hari hujung minggu, hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hambaNya.

1. Hari Mustajab Doa

Rasulullah SAW bersabda:
"Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan."
(Hadir riwayat Tarmizi)



Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu oada waktu Imam duduk di atas mimbar sehingga selesai solat Jumaat dan pada akhir waktu Asar.

Ibn Qayyim al-Jauzi mengatakan;
"Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih. Pertama saat duduknya khatib sampai selesai solat. Kedua, sesudah Asar, dan ini pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi."
(Zadul Ma'ad)

2. Hari Dihapuskan Dosa

Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. 
Sabda Rasulullah SAW:
"Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar"
(Riwayat Muslim)

3. Hari Lebih Utama Bersedekah

Kelebihan bersedekah pada hari jumaat jika dibandingkan dengan bersedekah pada hari-hari yang lain adalah sama seperti bersedekah pada bulan Ramadan.

Ibn Qayyim berkata:
"Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama sedekah ppada bulan Ramadan berbanding pada bulan-bulan selainnya."



Hadis dari Ka'ab menjelaskan:
"Dan sedekah pada hari itu lebih mulia dibandingkan dengan hari-hari selainnya"


PALESTIN MASIH TERUS TERPINGGIR

Sejak 1945, Palestin terus mengalami penderitaan akibat penindasan dari dunia barat.
Sehingga kini, penjarahan tanah Palestin berterusan dilakukan oleh rejim Israel walaupun segala perjanjian bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah dilakukan.


Tanah Palestin dijarah sedikit demi sedikit demi sedikit melalui perjanjian berat sebelah yang memihak rejim Zionis.

RUMAH-RUMAH RAKYAT PALESTIN DIROBOHKAN

Rakyat Palestin sendiri dihalau dari rumah mereka yang telah didirikan puluhan tahun.
Malah, mereka dipaksa untuk merobohkan sendiri rumah mereka, atau pihak berkuasa Israel akan merobohkan rumah mereka dan perlu membayar caj perobohan tersebut.

Perobohan rumah Shawmreh dan Abu Rameilah, 19 Julai 2018.
Kredit foto: Afif Amira untuk WAFA.

Dari tahun 2006 hingga 31 Mei 2020, Israel merobohkan sekurang-kurangnya 1,554 unit kediaman Palestin di Tebing Barat (tidak termasuk Baitulmuqaddis Timur), menyebabkan 6,780 orang - termasuk sekurang-kurangnya 3,403 kanak-kanak di bawah umur - kehilangan kediaman mereka. Dalam masyarakat Palestin yang tidak dikenali oleh Negara Israel, banyak yang menghadapi ancaman pengusiran, Israel berulang kali merobohkan rumah penduduk. Dari tahun 2006 hingga 31 Mei 2020, kediaman sekurang-kurangnya 1,085 orang yang tinggal di komuniti ini - termasuk 521 kanak-kanak di bawah umur - dirobohkan lebih dari sekali oleh Israel. Di samping itu, dari Januari 2012 hingga 31 Mei 2020, Pentadbiran Awam merobohkan 1,673 struktur bukan kediaman (seperti pagar, tangki, bilik stor, bangunan pertanian, perniagaan dan bangunan awam) di Tebing Barat (tidak termasuk Yerusalem Timur).


Statistik kediaman rakyat Palestin yang dirobohkan oleh rejim Israel

GAZA TERUS BERADA DALAM KEPUNGAN


Gaza adalah satu wilayah Palestin yang bersempadan dengan Mesir.
Gaza berkeluasan 365 kilometer persegi dan berkepadatan penduduk lebih 2 juta orang.


Bandar Gaza pada tahun 2007

Sebagai perbandingan, negeri Perlis berkeluasan 819 kilometer persegi dan berpenduduk 254,900 orang.


Semenanjung Gaza

Dengan keadaan Gaza yang terhimpit, rejim Israel tetap melakukan serangan ke atas Gaza tanpa mengira mangsa serangan sama ada wanita atau kanak-kanak.
Sudahlah terkepung, Penduduk di Gaza hanya dibenarkan menangkap ikan di laut sejauh hanya 3 batu nautika.



Aktiviti nelayan Palestin terbatas sejauh 3 batu nautika dari pantai Gaza.
Jika melepasi jarak tersebut, mereka akan ditembak atau ditangkap oleh tentera rejim Israel yang siap sedia berada di lautan tersebut.

Israel turut melancarkan serangan di kawasan-kawasan di Gaza yang padat dengan penduduk

Anak kecil ini meratapi runtuhan kediamannya yang musnah akibat serangan Israel pada 9 Julai 2014




Serangan TERBARU ke atas Masjid al-Aqsa pada bulan Ramadan yang lalu.

Serangan Isra.el ke atas Gaza

HULURKAN SUMBANGAN UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN


Pemberian peralatan sanitasi untuk Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, Palestin.

Pembinaan Sistem Solar untuk Pertanian di Rafah, Gaza

Jom bersama Aman Palestin untuk membantu rakyat Palestin yang sangat memerlukan!

“Barang siapa yang berusaha melapangkan suatu kesusahan kepada seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia, maka Allah akan melapangkannya dari suatu kesusahan di hari kiamat dan barang siapa yang berusaha memberi kemudahan bagi orang yang kesusahan, maka Allah akan memberi kemudahan baginya di dunia dan akhirat. Barang siapa yang berusaha menutupi kejelekan orang Islam, Allah akan menutupi kejelekannya di dunia dan akhirat. Allah selalu membantu hamba-Nya selama hamba itu menolong sesama saudaranya.” (HR. Muslim)



Bagi tuan/puan yang mempunyai permasalah, sila hubungi nombor yang berikut:
011-4037 7800 (Shahrul)