TABUNG DARURAT BANJIR 2022
“Barang siapa yang berusaha melapangkan suatu kesusahan kepada seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia, maka Allah akan melapangkannya dari suatu kesusahan di hari kiamat dan barang siapa yang berusaha memberi kemudahan bagi orang yang kesusahan, maka Allah akan memberi kemudahan baginya di dunia dan akhirat. Barang siapa yang berusaha menutupi kejelekan orang Islam, Allah akan menutupi kejelekannya di dunia dan akhirat. Allah selalu membantu hamba-Nya selama hamba itu menolong sesama saudaranya.” (HR. Muslim)
KEMPEN TABUNG DARURAT BANJIR 2022
Pada bulan Disember 2022,Malaysia dilanda hujan lebat secara berterusan, mengakibatkan banjir di beberapa kawasan, tanah runtuh, rumah dinaiki air dan pelbagai kerugian dicatatkan.
Justeru, Aman Palestin dengan kerjasama Kelab Perwira Malaysia melancarkan Tabung Darurat Banjir bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.
Untuk fasa pertama, sasaran agihan sebanyak 1000 unit Kit Bantuan Segera yang bernilai Rm50, dianggarkan dapat membantu 1000 orang mangsa banjir.
Setiap Kit Bantuan Segera (KBS) mengandungi barang keperluan seperti air mineral, biskut, pek serbuk kopi 3 dalam 1, roti dan tuala.
Ayuh kita membantu melalui kempen Tabung Darurat Banjir. Pilihan bantuan:
1. Kit Bantuan Segera – RM100
2. Kit Makanan - RM30
3. Tabung Banjir – RM 10 atau seikhlas hati.
TONTON VIDEO BANTUAN MANGSA BANJIR PADA TAHUN 2021
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”
(Surah al-Ma’idah, ayat 2)
