WAKAF MASJID 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN
REBUT PAHALA 1000 BULAN DENGAN BERWAKAF
Rugi jika lepaskan peluang untuk berwakaf.
Kenapa rugi?
Wakaf ialah sumber pahala yang paling ditakuti oleh syaitan.
Syaitan takut kerana ia adalah pahala berterusan .
Biarpun kita telah tiada tapi pahala dapat terus menerus.
Maksudnya pahala wakaf tetap masuk ke akaun pahala kita yang akan menjadi tabungan akhirat kelak. Allahu Akbar..
Apa kata kata Nabi:
“Seorang hamba berkata: “Hartaku! Hartaku!”
Sesungguhnya yang menjadi (harta) miliknya tidak lain hanya tiga:
(1) Apa yang dia makan hingga habis,
(2) Apa yang dipakai hingga lusuh dan
(3) Apa yang dia sedekahkan maka ia disimpan sebagai pahala untuk akhirat.
Apa jua selain itu (bukanlah hartanya kerana) dia akan pergi (mati) dan meninggalkannya kepada manusia.
(H.R Muslim dalam Shahihnya, hadis No: 2959)
ANTARA HADIS NABI YANG MENYEBUT KELEBIHAN MEMBINA MASJID
Sesiapa yang membina Masjid yang dengannnya dia menginginkan redha Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga.
(HR al-Bukhari dan Muslim)
''Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”
(HR Muslim)
Siapa yang membina masjid kerana Allah, sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga”
(HR. Ibnu Majah)
Sesiapa yang membina masjid tidak kira kecil atau besar, Allah akan membina untuknya masjid di syurga.
(HR Al-Tirmidzi)
KELEBIHAN MEMBINA MASJID
- Membangunkan masjid dapat membantu penyebaran agama Islam di dunia ini dan mendekatkan diri kita dan orang orang yang memasuki masjid lebih dekat dengan Allah SWT.
- Keupayaan untuk memberi bimbingan rohani dan pendidikan Islam untuk penduduk setempat serta menyediakan pusat komuniti yang selamat.
- Pembinaan masjid untuk mereka yang kurang bernasib baik dengan menyediakan rumah ibadah yang kukuh akan memupuk perkembangan moral dan kerohanian mereka pada masa hadapan
Justeru, membina masjid adalah tindakan sedekah jariah yang luar biasa. Ganjaran untuk orang yang membina masjid tidak ada habisnya, dan selagi orang ramai mendapat manfaat dari masjid yang telah dibina, maka orang tersebut akan terus mendapat ganjaran dari Allah SWT.

Anda bayangkan....selagi mana ribuan komuniti di sana menggunakan masjid ini sebagai tempat untuk solat jumaat, pengajian al quran dan hafazan serta solat 5 waktu, pahalanya akan berpanjangan kepada anda!
Inilah merupakan pelaburan akhirat paling menguntungkan dan persediaan untuk kita semua di alam sana.
(Hadis Riwayat Muslim)
GAMBAR TAPAK PEMBINAAN MASJID KELAK






GAMBAR PELAN MASJID

