Bantuan Musim Sejuk
HARI KE-2 PENYALURAN BANTUAN MISI KEMANUSIAAN DI KEM PELARIAN SYRIA, LUBNAN
"Setibanya di kawasan kem pelarian Syria di Lubnan, saya tidak lagi dapat menahan kesedihan apabila melihat keadaan para pelarian di sini" - Ustaz Fadhil Yahya (Peserta Misi Aman Palestin)
Begitulah perasaan setiap peserta misi apabila melihat sendiri keadaan saudara di sana:
Kanak-kanak yang tidak bersekolah & dari kecil bekerja untuk hidup
Mangsa peperangan yang lumpuh & hilang anggota badan sehingga tidak mampu mencari rezeki
Keluarga miskin yang tiada kelengkapan baju sejuk & ubatan sehingga seluruh keluarganya demam
Keadaan kem pelarian yang sangat daif yang dibina dari kanvas & plastik
✅ Namun alhamdulillah, sedikit bantuan anda telah tiba!!
❤️ Pasukan Misi Kemanusiaan Aman Palestin selamat tiba di Kem Pelarian di Lubnan untuk menghulurkan bantuan sebanyak USD167ribu dari anda semua
❤️ Pada hari ke-2, pasukan misi telah menyalurkan bantuan di kem pelarian Syria sekitar Akkar, Lubnan seperti berikut:
Bantuan kotak makanan asas berupa beras, kekacang, spagheti, garam, gula & minyak untuk 130 keluarga serta manisan buat kanak-kanak di Kem Al-Manhal, Akkar
69 kotak makanan asas di Kem Abu Syeikh, Akkar
Bantuan kelengkapan musim sejuk berupa pakaian kepada 15 keluarga yang tiada kelengkapan tersebut sebelum ini di Kem Hilabe, Akkar
Insya Allah pada hari ketiga peserta misi akan menyampaikan bantuan berupa kotak makanan, peralatan baju sejuk & kerosene ke kem pelarian di Arsaal, Lubnan.
‼️ Ayuh, teruskan infaq buat saudara & pelarian di sana sempena Jumaat barakah ini
https://youtu.be/vw8heo66cBE
=======================
❄️ BANTUAN MUSIM SEJUK UNTUK PALESTIN, SYRIA & YAMAN
PAKEJ LENGKAP BMS RM500
KOTAK MAKANAN RM200 (beras, garam, gula, kacang, minyak dll)
Tabung Musim Sejuk RM10 atau seikhlas hati