SAKIT MENTAL MEMBUNUH DALAM SENYAP
Rakyat Palestin di Gaza terdedah kepada pelbagai risiko hasil daripada penindasan yang berlaku hingga membawa mereka kepada kehilangan perspektif diri, kemarahan, kekecewaan, kehinaan dan perasaan tersisih yang menyebabkan peningkatan masalah tekanan mental seperti kebimbangan dan kemurungan (skizofrenia dan bipolar).
Jumlah pesakit psikiatri akibat daripada perang dan pengepungan di Gaza sejak 13 tahun yang lalu semakin meningkat khususnya di kalangan kanak-kanak. Ditambahkan lagi ketiadaan pusat khusus menangani ribuan kes kesihatan mental di Gaza.
Anak-anak ini kehilangan keluarga mereka di depan mata sendiri.
Tidak dapat untuk kita bayangkan bagaimana mereka menempuh kehidupan
selepas ini tanpa keluarga di sisi.
Penindasan, kepungan dan serangan yang dilakukan oleh Isr.ael setiap hari menjadikan Palestin menjadi negara yang mempunyai kadar masalah mental tertinggi di Timur Tengah.
54% kanak-kanak lelaki dan 47% kanak-kanak perempuan yang berumur 6-12 tahun mengalami masalah emosi dan mental.
Selepas serangan Isra.el pada tahun 2008, 98% kanak-kanak Palestin mengalami Post Traumatic Stress Disorder (PTSD).
PTSD (post-traumatic stress disorder) atau gangguan stres pascatrauma adalah gangguan mental yang muncul setelah seseorang mengalami atau menyaksikan peristiwa yang tidak menyenangkan.
PTSD merupakan gangguan kecemasan yang membuat penderitanya teringat pada kejadian traumatis. Peristiwa traumatis yang dapat memicu PTSD antara lain perang, kecelakaan, bencana alam, dan pelecehan seksual.
Hanya ada sebuah sahaja hospital mental kerajaan yang ada di Gaza kepada 2 juta penduduknya dengan hanya 50 buah katil sahaja yang disediakan.
Ya, hanya 50 buah katil untuk keperluan kepada 2 juta penduduk Gaza.
Sebagai perbandingan, negeri Perlis mempunyai 254,400 penduduk.
Pada tahun 2016, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar telah menampung 365 pesakit yang dimasukkan ke wad psikiatri
Bukankah negara perang sepatutnya menyediakan lebih banyak Hospital Psikiatri yang mampu menampung pesakit lebih ramai berbanding negara yang tidak bergolak?
Satu-satunya Hospital Mental Gaza yang daif berusia 60 tahun. Tidak dapat menampung keperluan katil sekurang-kurang 50 katil.
![]()
![]()
Disebabkan 1000 kekurangan hospital mental Gaza yang lama ini. Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Palestin, Aman Palestin sedar ini adalah keperluan besar untuk kita sama-sama menggalas tanggungjawab ini untuk bantu mereka.
Perlunya sebuah hospital Mental yang baru bagi menyediakan keperluan penduduk Palestin yang perlu dipulihkan mental mereka dengan rawatan yang lebih lengkap .
Sebuah MoU telah ditandatangani bersama Kementerian Kesihatan Palestin pada 27 Oktober 2019.
"Ini adalah Solusi kepada kami di Gaza. Kerana kepungan Israel bukan saja mengorbankn jasad kami. Malah emosi mental kami."
(Dr. Yousef Abu Al-Rish, Timbalan Menteri Kesihatan Palestin.)
PERKEMBANGAN TERKINI HOSPITAL AMAN PALESTIN,
GAZA
Bayangkan bila mereka bangun semula dan terus tabah melalui kehidupan HANYA KERANA rawatan yang mereka perolehi di Hospital Mental yang disumbangkan anda ini.
Bukan saja PAHALA BERTERUSAN TANPA HAD. Bahkan anda telah membina hidup mereka semula .
Subhanallah.
Ayuh gandakan pahala dengan menyumbang bersama Aman Palestin.
“Dari Abu Hurairah RA., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya”
Hadith Riwayat Muslim
*****Makluman*****
Bagi tuan/puan yang tiada alamat email, sila guna email ini diruangan email :
amanpalestin02@gmail.com
Bagi tuan/puan yang mempunyai permasalah, sila hubungi nombor yang berikut:
05-311 5031 / 019-454 3495