Akaun amanpalestinperak.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
RAIKAN RAMADAN BERSAMA PALESTIN, SYRIA & YAMAN
 Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah,
serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ramadan adalah bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam setiap tahun.
Bulan yang akan kita tuai segala amalan sunat dan wajib.
Serta bulan di mana kita memperbanyakkan bersedekah.

Kerana di bulan ini, Allah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda buat umat yang beramal dengannya selain daripada berpuasa.

Ini antara sunnah yang boleh diamalkan di bulan Ramadan:

1. BERSAHUR

Bersahur bukan saja membantu kita mengisi tenaga untuk persediaan berpuasa, tetapi ia juga adalah suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW:

“Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.”

(HR. Bukhari)

Selain bangun sahur untuk makan, elok juga mengawalkannya sedikit supaya dapat melakukan solat sunat tahajud dan membaca Al-Quran.


2. MEMPERBANYAKKAN DOA

Menurut sumber oleh Mufti Wilayah Persekutuan, doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah kerana orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa apabila mereka berpuasa kerana Allah.

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”.

(HR Ibn Majah)

Untuk itu, rebutlah kesempatan sepanjang bulan Ramadhan ini untuk mengecapi tawaran yang amat berharga daripada Allah. Berikut adalah doa yang amat dianjurkan, terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadhan.

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau Mengasihi untuk Mengampun, Maka ampunilah diriku.”


3. BERSEDEKAH / MEMBERI MAKAN ORANG BERBUKA

Nabi SAW adalah seorang insan yang paling pemurah, malah Baginda adalah lebih pemurah sewaktu bulan Ramadhan. Dalam salah satu hadis ada menyebutkan tentang keutamaan memberi makan untuk orang berbuka.

“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu”

(HR Nasa’i dan Tirmidzi)


4. MENYEGERAKAN BERBUKA

Ini tentunya salah satu sunnah yang mudah untuk kita lakukan. Jangan lupa meniatkan menyegerakan berbuka kerana ianya adalah salah satu amalan sunnah.

Seperti sabda Baginda melalui sebuah hadis:

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.”

(HR Bukhari dan Muslim)

Menurut riwayat, Rasulullah akan berbuka puasa dengan beberapa butir kurma muda (ruthb atau kurma basah) sebelum melakukan solat (Maghrib). Jika tidak menemukan beberapa kurma muda, maka Baginda berbuka dengan beberapa butir kurma matang (tamr atau kurma kering). Jika tidak menemukannya juga, maka Baginda berbuka dengan beberapa teguk air.


5. SALING MENGINGATKAN KEPADA KEBAIKAN

Puasa bukan sekadar menahan lapar, tetapi juga mengawal nafsu daripada melakukan perkara keburukan. Dengan adanya media sosial pada hari ini, kita cenderung menyebarkan berita yang diketahui kebenarannya.

“Barang siapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan mengamalkannya maka Allah sudah tidak lagi memerlukan dia meninggalkan makanan dan minumannya.”

(HR Bukhari)

Maka, cuba jadikan bulan puasa ini sebagai titik tolak agar kita lebih berhati-hati dalam menekan butang share. Pilihlah konten yang baik dan bermanfaat untuk disebarkan kepada rakan-rakan anda kerana secara tidak langsung kita juga dapat saling mengingatkan antara satu sama lain.


6. MENAHAN MARAH

“Puasa adalah perisai. Maka janganlah dia berkata-kata kotor dan berbuat bodoh. Apabila ada orang lain yang memerangi atau mencacinya, hendaklah dia katakan, ‘Aku sedang puasa’ (dua kali).”

(HR Bukhari)

Dari hadis ini kita juga dianjurkan agar seorang yang berpuasa sentiasa bersabar dengan menjaga emosi dan menahan diri daripada menghamburkan kata-kata cacian.


7. MENGHIDUPKAN 2/3 MALAM

Seperti yang kita tahu, dalam bulan Ramadhan inilah Allah menyembunyikan malam Lailatul Qadr, di mana segala amalan akan dilipatgandakan pahalanya sebanyak 1000 bulan.

Daripada ‘Aisyah RA, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya.

(Sahih al-Bukhari).

Jika sebelum ini kita sukar untuk bangun malam dan beriktikaf, inilah waktu yang paling tepat untuk memulakannya walaupun dengan sekecil-kecil amalan.


Maka, di bulan Ramadan ini, ayuh kita memperbanyakkan amalan yang disunnah kepada kita.

Walaupun kita masih lagi menyambut Ramadan ini dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),

namun itu bukan alasan untuk kita merebut pahala seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT buat hambanya yang beriman.


=============================================================================================


Dengan kedatangannya bulan Ramadan ini, Aman Palestin sekali lagi melancarkan kempen tahunan "RAMADAN BERSAMA" untuk membuka peluang kepada para penyumbang memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin, Syria dan Yaman. Kempen tahunan ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan supaya mereka berpeluang untuk merasai suasana dalam menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri.

BANTUAN RAMADAN DI HEBRON, TEBING BARAT, PALESTIN


BANTUAN RAMADAN DI GAZA, PALESTIN


BANTUAN RAMADAN DI AL-BAB, SYRIA


BANTUAN RAMADAN DI AL-MAHWIT, YAMAN


BANTUAN RAMADAN DI KEM PELARIAN SYRIA DI LUBNAN


Bermula di bulan Rejab ini, marilah kita bersama-sama membantu rakyat Palestin, Syria dan Yaman yang kini sedang membuat persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang bakal berkunjung tiba ini.


Sedikit bantuan dari kita dapat digunakan untuk mereka berbuka puasa dan meraikan Ramadan ini dengan amal ibadat di bumi yang penuh keberkatan ini.


Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)


JOM BANTU MEREKA
HARI INI JUGA


*****Makluman*****
Bagi tuan/puan yang tiada alamat email, sila guna email ini diruangan email :
amanpalestin03@gmail.com

Bagi tuan/puan yang mempunyai permasalah, sila hubungi nombor yang berikut: