RAMADAN BERSAMAMU

BERSAMA RAIKAN SAMBUTAN RAMADAM KALI INI DENGAN PENUH RASA TAWADUK
Adalah Nabi ﷺ seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril AS bertemu dengannya. Adalah Jibril AS bertemu dengan Nabi ﷺ pada setiap malam pada bulan Ramadan untuk mengulangkaji Al-Quran dan kemudiannya Rasulullah ﷺ menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin yang pantas.
-Riwayat Al-Bukhari (3554)-
Kempen Ramadan Bersama adalah sebuah kempen bantuan bagi menyediakan ruang dan peluang kepada umat Islam untuk beramal dengan amalan terbaik khususnya dalam bulan Ramadan. Kempen ini dijalankan bagi memberi fokus dan bantuan keperluan harian kepada rakyat Palestin, Syria dan Yaman yang ditindas bagi menghadapi bulan Ramadan. Dengan peluang dan ruang bantuan melalui kempen ini, kita salurkan keperluan justeru dapat memberi keringanan dan menerbitkan rasa kegembiraan dalam jiwa-jiwa mereka dengan datangnya bantuan daripada umat Islam.


Saban tahun kita akan menyambut Ramadan yang mulia. Begitu juga saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman. Namun, apa yang membimbangkan mereka adalah dari manakah sumber makanan untuk bersahur dan berbuka. Di rumah, ada beberapa perut yang perlu diisi. Anak-anak masih kecil dan kebanyakan mereka merupakan ibu tunggal yang menanggung keperluan keluarga sendirian.
“Di Palestin sahaja, terdapat lebih 1 Juta penduduk yang dilaporkan sebagai miskin tegar. Di Yaman pula, 24 juta penduduk mengalami kebuluran paling teruk dalam sejarah 100 tahun. Kedua-dua laporan dicatatkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 2021 dan 2020.”
Dalam banyak-banyak amalan, sedekah merupakan antara amalan yang akan dibawa bersama selepas kita meninggal dunia. Namun masih ramai yang melengah-lengahkan ibadah sedekah.
Sudahkah kita membantu saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman hari ini?
Insya-Allah dengan sedekah yang kita kerjakan, akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT
إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah: 271)
Hulurkan Bantuan Anda