IBADAH KORBAN DI BUMI ANBIA 2023
Ayuh laksanakan ibadah korban di bumi Syam dan Yaman yang alami krisis kemanusiaan.

Palestin, Syria dan Yaman merupakan tiga buah negara yang sehingga ke hari ini masih tidak aman. Keadaan yang berlaku menyebabkan rakyatnya hidup dalam keadaan serba kekurangan dan ada juga yang menjadi pelarian di negara lain.


Kelebihan korban yang kebanyakan kita tak tahu.
Kadang kita tak rasa apa-apa bila mendengar Nabi SAW korbankan 100 ekor haiwan untuk korban. Kadang kita tak nampak kelebihan korban tu jadi kita tak rasa nak buat korban.
Firman Allah SWT :
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
(Surah Al-Kauthar, ayat 2)
Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya):
“Muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.
Kata Rasullullah SAW. Apabila semua makhluk bangun di padang masyar kelak. Semuanya akan bergerak menuju masyar. Ada 3 cara menuju ke masyar. Kumpulan pertama. Kumpulan yang naik binatang tunggangan.
Kumpulan kedua kumpulan yang akan berjalan kaki. Berdarah-darah tapak kaki berjalan tanpa henti. Kumpulan ketiga yang paling celaka. Iaitu mereka yang berjalan kaki diatas.Muka dibawah dihentak-hentakkan hingga ke masyar.
Kata ulamak. Maka beruntunglah mereka yang disediakan oleh Allah binatang tunggangan.
Dan binatang tunggangan itu adalah hasil korban yang mereka lakukan korban dengan ikhlas masa hidup dimuka bumi Allah dulu.
Allah SWT buat kita berfikir. Bagaimana perasaannya korbankan sesuatu yang paling bernilai dalam hidup kita iaitu seorang anak.Maka Allah gantikan korban seorang anak kepada haiwan ternakan. Masya'Allah.
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban) . Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
[Riwayat al-Tirmizi (1493)]
Ayuh kongsi rezeki dengan menyertai ibadah korban ini . Kualiti jiwa berubah. Bentuk jiwa sanggup berkorban dan utamakan orang lain. Dengan ibadah korban ini kita beri orang lain nikmat dan rezeki yang mungkin tidak pernah mereka dapat selama ini.
Terutamanya saudara Islam kita di Palestin, Syria dan Yaman. Mereka dizalimi dan hidup penuh kesusahan akibat perang yang berterusan. Kebanyakkan daripada mereka menjadi pelarian di negara orang.

Hanya dengan sumbangan korban anda dapat bantu mereka merasa makan daging.
Lembu & Kambing korban di Gaza, Palestin
SERTAI IBADAH KORBAN & AKIKAH PALESTIN, SYRIA & YAMAN
HARI INI JUGA!!!

Insya-Allah dengan ibadah Korban yang kita kerjakan, akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT
"Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."
(Hadis riwayat Thabrani)