BANTUAN MUSIM SEJUK PALESTIN, SYRIA DAN YAMAN
Musim sejuk merupakan keadaan yang sangat mencabar buat rakyat di negara yang sedang menghadapi konflik dan bergolak seperti di Timur Tengah.
Kemiskinan dan kebuluran, ditambah dengan kesejukan kerana tidak mempunyai penempatan dan kemudahan yang mencukupi sangat menguji mereka.


Atas dasar tanggungjawab dan kemanusiaan, Aman Palestin melancarkan kempen Bantuan Musim Sejuk Palestin, Syria dan Yaman 2021 bagi membantu saudara kita yang amat memerlukan di Palestin, Syria, Lubnan dan Yaman.
Bantuan Musim Sejuk ini juga telah dijalankan pada setiap tahun sebelum ini hasil sokongan para penyumbang:
BANTUAN MUSIM SEJUK (BMS)
Sertai Pakej Bantuan Musim Sejuk (BMS) bernilai RM500 yang merangkumi bantuan:
✅ Pek makanan
✅ Pemanas & kerosin
✅ Kelengkapan harian
✅ Keperluan pendidikan
✅ Ubatan & kecemasan
Sumbangan seikhlas hati untuk Tabung BMS juga amat dialu-alukan. Ayuh bersama kita berkongsi rezeki membantu saudara kita sana yang sedang kelaparan dan kesejukan.


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." (HR Muslim)
Ayuh bersama menyumbang bagi membantu saudara kita di Syam dan Yaman.

Bagi tuan/puan yang mempunyai permasalah/pertanyaan, sila hubungi nombor yang berikut:
011-4037 7800 (Shahrul)