BREAD FOR LOVE


#breadforlove | SEBUNGKUS ROTI UNTUK SEBUAH KELUARGA PALESTIN



Jom sama-sama kita sampaikan kegembiraan buat rakyat Palestin melalui Sebungkus Roti!
24 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan. 2/3 daripada semua daerah di negara Yaman dilanda kebuluran -UNICEF
Lebih dari 457,000 pelarian Palestin berdaftar sebagai pelarian palestin di Lubnan dan 45% daripada mereka mendiami di 12 kem pelarian palestin yang terlalu padat serta mengalami krisis kondisi rumah yang teruk,pengangguran,kemiskinan dan ketidak adilan undang-undang -UNRAW
90% pelarian Syria di kem pelarian lubnan hidup dalam kemiskinan-UNCHR
Lebih 5.6 juta keping roti berjaya diagihkan kepada mereka yang memerlukan dan
lebih daripada 570,000 individu menerima manfaat daripada pelaksanaan
Kempen Bread for Love pada tahun 2021 yang lalu.
Insya-Allah dengan sedekah yang kita kerjakan, akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT
إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah: 271)